1.0 PENGENALAN
Akuarium ini merupakan salah satu bekas tempat menyimpan atau memelihara hidupan yang hidup di dalam air seperti ikan, obor-obor, udang dan banyak lagi. Tumbuhan akuatik juga boleh diletakkan ke dalam akuarium untuk membekalkan oksigen kepada hidupan yang ada di dalam akuarium. Selain itu, tumbuhan tiruan juga boleh diletakkan ke dalam akuarium sebagai perhiasan atau pengganti tumbuhan akuatik supaya akuarium kelihatan lebih cantik dan ia juga mudah untuk dibersihkan.
Walau bagaimanapun, kita juga boleh
menggunakan akuarium ini dalam proses pembelajaran kepada kanak-kanak. Hal ini
kerana, penggunaan akuarium dalam proses pembelajaran dengan kanak-kanak dapat menarik
minat mereka untuk mengikuti pembelajaran terutama dalam subjek sains dan matematik
sekaligus dapat memberikan pengalaman baru dan galakan kepada kanak-kanak dalam
memberikan pendapat masing-masing.
Melalui idea akuarium ini, kita boleh
menggunakannya dalam proses pembelajaran
kanak-kanak seperti membina bahan bantu mengajar akuarium, mengenal nombor,
mengenal abjad, mengenal hidupan laut dan sebagainya mengikut imaginasi dan
kreativiti sendiri. Sama seperti bahan bantu mengajar yang kami sediakan untuk kegunaan
kanak-kanak dalam proses pembelajaran dan pengajaran agar dapat meningkatkan lagi
pengalaman kanak-kanak tentang hidupan laut. BBM akuarium yang kami sediakan
ini lebih kepada pengenalan hidupan laut yang mana kami meletakkan beberapa gambar
hidupan laut di dalam akuarium untuk memperkenalkan dan menerangkan ciri-ciri haiwan
hidupan laut tersebut kepada kanak-kanak.
2.0 OBJEKTIF
- Memperkenalkan murid kepada hidupan laut.
- Meningkatkan perkembangan imaginasi kanak-kanak.
- Mengetahui keadaan pemandangan di bawah ataupun dasar laut.
3.0 PROSES SETIAP MINGGU (8 MINGGU)
3.1 MINGGU PERTAMA
Pada minggu yang pertama, kumpulan kami membuat perjumpaan terlebih dahulu untuk memikirkan dan membincangkan tentang apa projek yang akan kami laksanakan bagi kanak-kanak yang berumur 6 tahun (Tadika). Setelah hampir 30 minit, kumpulan kami akhirnya bulat suara untuk menghasilkan akuarium hidupan laut. Selepas berbincang, kami pun menyenaraikan kesemua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat akuarium hidupan laut ini yang mana bahan-bahannya adalah seperti yang berikut :
- Kotak yang tidak digunakan
- Kertas warna
- Pen berwarna
- Pensel warna
- Gam air
- Gam UHU
- Gam plastik
- Warna air
- Gunting
- Batang aiskrim
- Tumbuh-tumbuhan palsu
- Berus warna
3.2 MINGGU KE-2
Pada minggu yang ke-dua, kami mula untuk melukis haiwan dan tumbuhan hidupan laut seperti ikan, sotong gurita, obor-obor, tapak sulaiman, ketam, kerang, kuda laut dan juga rumpai laut. Dalam minggu yang sama juga, selepas selesai melukis haiwan dan tumbuhan hidupan laut, kami terus mencari batu-batu kecil untuk dijadikan perhiasan projek kami.
3.3 MINGGU KE-3
Pada minggu yang ketiga, kami sekumpulan melakukan proses mewarna dan menggunting bahan-bahan yang kami gunakan di dalam projek akuarium kami iaitu mewarna batu yang telah kami kutip dengan pelbagai warna agar kelihatan menarik. Selain itu, kami juga menggunting lukisan hidupan laut yang telah kami lukis iaitu sotong, ketam dan yang lain.
3.4 MINGGU KE-4
Di minggu ini, kami melakukan proses menggunting kotak-kotak terpakai menjadi bentuk akuarium yang kami ingini. Sebelum mencantum kotak yang telah digunting, kami melapisi kotak tersebut dengan kertas warna mengikut tema akuarium kami iaitu biru laut.
3.5 MINGGU KE-5
Di minggu yang ke-lima ini, kami telah membuat penambahbaikan pada akuarium kami yang mana kami membuka kembali lapisan kertas warna yang telah dilapiskan pada seluruh kotak dan menggantikannya dengan lapisan kertas yang baru.
3.6 MINGGU KE-6
Pada minggu yang ke-enam pula, kami menceriakan lagi kotak tersebut dengan mewarnainya seperti pemandangan di dasar laut.
3.7 MINGGU KE-7
Dalam minggu ke-7 ini, kami telah melekatkan kotak yang sudah diwarna mengikut bentuk yang telah ditetapkan iaitu akuarium. Lalu kami melekatkan lagi haiwan laut yang sudah dilukis lalu digunting ke kotak yang dicantumkan.
3.8 MINGGU KE-8
Di minggu yang ke-8 ataupun yang terakhir ini, kami menyambung kembali tugasan yang belum diselesaikan dan menambahkan tumbuhan ke dalam akuarium dan menghiaskan sedikit agar kelihatan menarik di mata kanak-kanak.
4.0 KEKUATAN/KELEBIHAN PROJEK
- Kanak-kanak dapat mengenal beberapa jenis hidupan laut.
- Dapat meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak.
- Membentuk minda kreativiti kanak-kanak.
- Kanak-kanak dapat mengenal warna.
- Kanak-kanak dapat mengenal bentuk hidupan laut.
- Penerokaan kanak-kanak terhad.
- Daya imaginasi kanak-kanak kurang meluas.
Animhosnan. ( 2017, March 06). TUMBUHAN AKUATIK-APA DIA . [catatan blog]. Diambil dari, http://animhosnan.blogspot.com/2017/03/tumbuhan-akuatik-apa-dia.html?m=1
Husin. T . (2021, April 15). 10 idea akuarium dan kolam mini boleh buat di Malaysia. [catatan blog]. Diambil dari, https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/idea-design-akuarium-kolam-mini-malaysia-46449
Postposmo. (2022, April 12). Haiwan akuatik: Jenis, ciri dan banyak lagi. [catatan blog]. Diambil dari, https://www.postposmo.com/ms/animales-acuaticos/
Sharon. (2021, Mac 26). Cara membuat akuarium, pemula pun bisa. [catatan blog]. Diambil dari, https://www-ruparupa-com.cdn.ampproject.org/v/s/www.ruparupa.com/blog/cara-membuat-aquarium-pemula-pun-bisa/amp/?amp_gsa=1&_js_v=a9&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#amp_tf=From
Sharpe. S. Mini aquariums. [catatan blog]. Diambil
dari, https://ms.maychola.com/mini-aquariums/
No comments:
Post a Comment