Monday, October 3, 2022

PROJEK AKUARIUM IKAN

1.0  PENGENALAN

Akuarium ini merupakan salah satu bekas tempat menyimpan atau memelihara hidupan yang hidup di dalam air seperti ikan, obor-obor, udang dan banyak lagi. Tumbuhan akuatik juga boleh diletakkan ke dalam akuarium untuk membekalkan oksigen kepada hidupan yang ada di dalam akuarium. Selain itu,  tumbuhan tiruan juga boleh diletakkan ke dalam akuarium sebagai perhiasan atau pengganti tumbuhan akuatik supaya akuarium kelihatan lebih cantik dan ia juga mudah untuk dibersihkan.

Walau bagaimanapun, kita juga boleh menggunakan akuarium ini dalam proses pembelajaran kepada kanak-kanak. Hal ini kerana, penggunaan akuarium dalam proses  pembelajaran dengan kanak-kanak dapat menarik minat mereka untuk mengikuti pembelajaran terutama dalam subjek sains dan matematik sekaligus dapat memberikan pengalaman baru dan galakan kepada kanak-kanak dalam memberikan pendapat masing-masing.

Melalui idea akuarium ini, kita boleh menggunakannya  dalam proses pembelajaran kanak-kanak seperti membina bahan bantu mengajar akuarium, mengenal nombor, mengenal abjad, mengenal hidupan laut dan sebagainya mengikut imaginasi dan kreativiti sendiri. Sama seperti bahan bantu mengajar yang kami sediakan untuk kegunaan kanak-kanak dalam proses pembelajaran dan pengajaran agar dapat meningkatkan lagi pengalaman kanak-kanak tentang hidupan laut. BBM akuarium yang kami sediakan ini lebih kepada pengenalan hidupan laut yang mana kami meletakkan beberapa gambar hidupan laut di dalam akuarium untuk memperkenalkan dan menerangkan ciri-ciri haiwan hidupan laut tersebut kepada kanak-kanak.


2.0  OBJEKTIF 

  1. Memperkenalkan murid kepada hidupan laut.
  2. Meningkatkan perkembangan imaginasi kanak-kanak.
  3. Mengetahui keadaan pemandangan di bawah ataupun dasar laut.


3.0  PROSES SETIAP  MINGGU (8 MINGGU)

3.1  MINGGU PERTAMA

Pada minggu yang pertama, kumpulan kami membuat perjumpaan terlebih dahulu untuk memikirkan dan membincangkan tentang apa projek yang akan kami laksanakan bagi  kanak-kanak yang berumur 6 tahun (Tadika). Setelah hampir 30 minit, kumpulan kami akhirnya bulat suara untuk menghasilkan akuarium hidupan laut. Selepas berbincang, kami pun menyenaraikan kesemua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat akuarium hidupan laut ini yang mana bahan-bahannya adalah seperti yang berikut :  

  • Kotak yang tidak digunakan  

  • Kertas warna  

  •  Pen berwarna 

  •  Pensel warna

  •  Gam air

  •  Gam UHU

  •  Gam plastik

  •  Warna air

  •  Gunting

  •  Batang aiskrim

  •  Tumbuh-tumbuhan palsu

  •  Berus warna



3.2  MINGGU KE-2 

Pada minggu yang ke-dua, kami mula untuk melukis haiwan dan tumbuhan hidupan laut seperti ikan, sotong gurita, obor-obor, tapak sulaiman, ketam, kerang, kuda laut dan juga rumpai laut. Dalam minggu yang sama juga, selepas selesai melukis haiwan dan tumbuhan hidupan laut, kami terus mencari batu-batu kecil untuk dijadikan perhiasan projek kami. 



3.3  MINGGU KE-3

Pada minggu yang ketiga, kami sekumpulan melakukan proses mewarna dan menggunting bahan-bahan yang kami gunakan di dalam projek akuarium kami iaitu mewarna batu yang telah kami kutip dengan pelbagai warna agar kelihatan menarik. Selain itu, kami juga menggunting lukisan hidupan laut yang telah kami lukis iaitu sotong, ketam dan yang lain. 

 


3.4  MINGGU KE-4

Di minggu ini, kami melakukan proses menggunting kotak-kotak terpakai menjadi bentuk akuarium yang kami ingini. Sebelum mencantum kotak yang telah digunting, kami melapisi kotak tersebut dengan kertas warna mengikut tema akuarium kami iaitu biru laut. 



3.5  MINGGU KE-5

Di minggu yang ke-lima ini, kami telah membuat penambahbaikan pada akuarium kami yang mana kami membuka kembali lapisan kertas warna yang telah dilapiskan pada seluruh kotak dan menggantikannya dengan lapisan kertas yang baru. 

 


3.6  MINGGU KE-6

Pada minggu yang ke-enam pula, kami menceriakan lagi kotak tersebut dengan mewarnainya seperti pemandangan di dasar laut. 

 


3.7  MINGGU KE-7

Dalam minggu ke-7 ini, kami telah melekatkan kotak yang sudah diwarna mengikut bentuk yang telah ditetapkan iaitu akuarium. Lalu kami melekatkan lagi haiwan laut yang sudah dilukis lalu digunting ke kotak yang dicantumkan.

 


3.8  MINGGU KE-8

Di minggu yang ke-8 ataupun yang terakhir ini, kami menyambung kembali tugasan yang belum diselesaikan dan menambahkan tumbuhan ke dalam akuarium dan menghiaskan sedikit agar kelihatan menarik di mata kanak-kanak.



4.0  KEKUATAN/KELEBIHAN PROJEK 

  • Kanak-kanak dapat mengenal beberapa jenis hidupan laut.
  • Dapat meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak.
  • Membentuk minda kreativiti kanak-kanak.
  • Kanak-kanak dapat mengenal warna.
  • Kanak-kanak dapat mengenal bentuk hidupan laut.

5.0  KELEMAHAN PROJEK
  • Penerokaan kanak-kanak terhad.
  • Daya imaginasi kanak-kanak kurang meluas.

6.0  KESIMPULAN

Kesimpulannya, projek yang telah kami pilih ini merupakan sebuah projek yang berdasarkan kepada pembelajaran yang berkaitan dengan bidang sains iaitu kehidupan laut. Projek yang telah kami buat ini berjalan dengan lancar dan projek ini akan dapat membantu guru dalam aktiviti pembelajaran murid dimana mereka mengenal beberapa jenis haiwan yang ada di dalam laut.


7.0  RUJUKAN

Animhosnan. ( 2017, March 06). TUMBUHAN AKUATIK-APA DIA . [catatan blog]. Diambil dari, http://animhosnan.blogspot.com/2017/03/tumbuhan-akuatik-apa-dia.html?m=1

Husin. T . (2021, April 15). 10 idea akuarium dan kolam mini boleh buat di Malaysia. [catatan blog]. Diambil dari, https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/idea-design-akuarium-kolam-mini-malaysia-46449

Postposmo. (2022, April 12). Haiwan akuatik: Jenis, ciri dan banyak lagi. [catatan blog]. Diambil dari, https://www.postposmo.com/ms/animales-acuaticos/

Sharon. (2021, Mac 26). Cara membuat akuarium, pemula pun bisa. [catatan blog]. Diambil dari, https://www-ruparupa-com.cdn.ampproject.org/v/s/www.ruparupa.com/blog/cara-membuat-aquarium-pemula-pun-bisa/amp/?amp_gsa=1&amp_js_v=a9&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#amp_tf=From

Sharpe. S. Mini aquariums. [catatan blog]. Diambil dari, https://ms.maychola.com/mini-aquariums/




 

PROJEK AKUARIUM IKAN

1.0  PENGENALAN Akuarium ini merupakan salah satu bekas tempat menyimpan atau memelihara hidupan yang hidup di dalam air seperti ikan, obor-...